Kekal Selesa Dengan ArtiqAir: Tips Untuk Individu Cepat Sejuk
Nikmati kenyamanan dan kedinginan penyaman udara meskipun tubuh badan anda sangat mudah berasa sejuk! Pelajari 3 tips dari ArtiqAir!
Badan mudah sejuk tapi masih nak guna penyaman udara?
Udara sejuk yang terhasil daripada penyaman udara merupakan satu keselesaan yang didambakan oleh semua orang. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah individu yang sangat cepat merasai kesejukan, ia akan menjadi sebuah dilema sama ada ingin menggunakan penyaman udara ataupun tidak. Walaupun badan terasa panas, tetapi otak pasti terfikir akan kesejukan daripada penyaman udara yang akhirnya menyebabkan badan menggigil kesejukan. Jangan risau sekiranya anda ada mengalami perkara seperti ini. Di dalam artikel ini, kami akan kongsikan 3 tips untuk anda kekal berasa selesa sambil menikmati udara sejuk penyaman udara.
Gunakan Mod Kipas Sahaja bagi Penyaman Udara
Pernahkah anda terjaga dari tidur ketika tengah malam akibat udara sejuk dari penyaman udara sebelum ini? Dan akhirnya anda perlu menggunakan lapisan selimut atau baju yang banyak untuk mengurangkan rasa sejuk. Apabila menggunakan penyaman udara, anda perlulah bijak dalam menggunakan mod tetapan yang betul. Tetapan yang betul dapat memberikan keselesaan yang maksimum kepada si pengguna. Terdapat beberapa ciri pada tetapan yang boleh membantu mengurangkan kesan kesejukan berlebihan yang dialami oleh sesetengah individu.
Penggunaan tetapan mod kipas sahaja membolehkan pengguna untuk menggunakan kipas tanpa menghidupkan sistem penyejukan. Mod seperti ini dapat dijumpai pada penyaman udara ArtiqAir yang dapat membantu pengaliran udara tetapi masih berada dalam suhu yang selesa dan tidak terlalu sejuk. Dengan menggunakan ciri ini, anda dapat menikmati peredaran udara yang menyegarkan tanpa membawa kepada penurunan suhu yang ketara.
Gunakan Mod Auto bagi Penyaman Udara
Selain itu, sekiranya anda tidak mahu menggunakan mod kipas sahaja, anda boleh beralih ke mod auto. Mod auto pada penyaman udara dapat mengawal suhu secara automatik dengan menyesuaikan penyejukan berdasarkan suhu yang ditetapkan. Ini dapat membantu mengelakkan bilik daripada menjadi terlalu sejuk. Hal ini demikian kerana penyaman udara akan beroperasi mengikut keperluan semasa untuk mengekalkan suhu yang ditetapkan. Mod ini akan berfungsi dengan mengesan perubahan suhu yang berlaku di dalam bilik.
Apabila suhu meningkat melebihi tahap yang ditetapkan, penyaman udara akan mula bekerja untuk menyejukkan bilik sehingga suhu turun semula kepada tahap yang diinginkan. Sebaliknya, apabila suhu turun terlalu rendah, sistem akan berehat untuk mengelakkan suhu daripada menjadi terlalu sejuk. Mod auto memberikan keselesaan kepada pengguna dengan mengurangkan keperluan untuk secara manual mengawal termostat atau kipas. Pada masa yang sama, dapat membantu untuk mengekalkan suhu yang selesa tanpa keperluan untuk terlalu kerap menekan butang pada alat kawalan jauh penyaman udara anda.
Dengan menggunakan penyaman udara ArtiqAir yang memiliki mod auto, individu yang sensitif terhadap suhu dingin dapat menikmati keselesaan tanpa perlu risau lagi tentang penurunan suhu secara tiba-tiba dalam bilik. Hal ini menjadikan pengalaman penggunaan penyaman udara lebih mudah dan lebih nyaman.
Kurangkan Kelajuan Kipas Penyaman Udara
Tips seterusnya adalah menyesuaikan kelajuan kipas pada tetapan alat kawalan jauh penyaman udara boleh menjadi penyelesaian yang berkesan. Hal ini demikian kerana tetapan kipas boleh memberikan impak yang ketara terhadap pengedaran udara tanpa menghasilkan udara yang terlalu sejuk. Apabila anda mengurangkan kelajuan kipas pada penyaman udara, ia mengurangkan kuantiti udara yang dijana. Dengan penghasilan udara yang berkurangan, suhu ruang tidak akan menurun secara mendadak akibat udara yang terlalu sejuk yang disebabkan oleh kipas yang berputar dengan pantas.
Mengurangkan kelajuan kipas membolehkan pengedaran udara yang lebih baik tanpa memberikan tekanan yang berlebihan pada penyejukan ruang. Ini bermakna ruang tidak akan terasa sejuk secara drastik, tetapi masih mendapat kenyamanan dari pengedaran udara yang menyegarkan. Memanfaatkan tetapan kipas yang terdapat pada penyaman udara ArtiqAir, dapat menyesuaikan kelajuan kipas pada penyaman udara. Hal ini secara tak langsung dapat membantu individu yang sensitif pada suhu yang rendah untuk menikmati udara sejuk tanpa terlalu terdedah kepada udara yang terlalu sejuk.
Ketahui lebih lanjut mengenai suhu penyaman udara di sini.
Get in Touch with Us
Reach out to us for any inquiries, feedback, or assistance. We're here to help!