YouTube video

Kerjasama AA dan LBS Bina Group Bhd.

ArtiqAir dengan bangganya mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama LBS Bina Group Bhd, pemaju hartanah terkemuka di Malaysia yang terkenal dengan pembangunan berkualiti tinggi dan inovatif. LBS Bina Group sudah bertapak lama dalam industri hartanah Malaysia, menawarkan pelbagai jenis hartanah kediaman, komersial dan industri.

Kolaborasi ini pastinya dapat memberi manfaat kepada semua pemilik kediaman di bawah pengelolaan LBS Bina Group serta kakitangannya kerana ArtiqAir menawarkan diskaun eksklusif buat mereka.

Diskaun Eksklusif buat ahli LBS Bina Group Perks serta Kakitangan

1. Diskaun Eksklusif 50% untuk Penyaman Udara ArtiqAir

ArtiqAir menawarkan Diskaun 50% untuk bayaran pertama Sewa-Untuk-Dimiliki (Rent-To-Own) penyaman udara ArtiqAir.  Tambahan pula, dengan setiap pembelian penyaman udara, pelanggan akan menerima hadiah percuma eksklusif  satu Set Teh Amber yang  bernilai RM499. 

Bagaimana untuk mendapatkan promo ini? Mudah sahaja. Hanya gunakan kod promo AALBS2024 semasa mendaftar di laman sesawang ArtiqAir . Pelanggan sekaligus hanya perlu membuat pembayaran pertama sebanyak RM52.50 bagi 1.0HP dan RM57.50 bagi 1.5HP.

2. Diskaun Servis ‘Canvas Chemical’

Selain diskaun pembelian penyaman udara ArtiqAir, buat kesekian kalinya, khas untuk kolaborasi bersama LBS, Fujicare menawarkan penjimatan hebat servis penyelenggaraan penyaman udara.  

Hanya perlu membayar RM150 untuk servis Canvas Chemical bagi 2 unit penyaman udara. Penjimatan sehingga RM250, yang pastinya sangat berbaloi!

LBS Bina Group x artiqair promosi

Mengapa Servis ‘Canvas Chemical’ ini sangat penting?

Ini adalah untuk memastikan penyaman udara anda berfungsi secara optimum, menjimatkan tenaga, dan tahan lebih lama. Dengan penyaman udara yang bersih, anda dan keluarga boleh menikmati udara yang lebih bersih dan sihat di setiap ruangan anda.

Nikmati udara yang bersih dan sihat di rumah idaman anda dengan kolaborasi hebat ArtiqAir dan LBS Bina Group Bhd! Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memiliki penyaman udara ArtiqAir pada harga yang sangat berpatutan dan pastikan penyaman udara anda sentiasa diselenggara dengan baik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di https://artiqair.com.my/  atau hubungi wakil kami di ArtiqAir sekarang!

Terma & Syarat untuk Promosi LBS Fujicare

1. Harga promosi RM150 adalah sah untuk 2 unit servis kimia bagi mana-mana  jenama; penyaman udara.

2. Perkhidmatan kimia untuk 2 unit penyaman udara mesti dilakukan pada hari yang  sama di alamat/rumah yang sama.

3. Promosi sah untuk perkhidmatan kimia penyaman udara 1.0HP dan 1.5HP sahaja.

4. Promosi sah untuk perkhidmatan kimia bagi penyaman udara jenis kaset dan dinding sahaja.

5. Tempahan perkhidmatan kimia mesti dibuat 1 minggu sebelum tarikh servis melalui kod QR pada visual atau pautan ini https://forms.gle/JkToJnNismtq8kSs8

6. Perkhidmatan tersedia di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang & Johor Bahru sahaja.

7. Promosi sah untuk Kakitangan LBS & Ahli LBS sahaja.

8. Promosi yang dinyatakan tidak boleh digabungkan dengan mana-mana promosi lain  yang sedang berjalan.

9. Promosi sah untuk mana-mana tempahan yang dibuat sehingga 31 Disember 2024.  Sebarang tempahan selepas tarikh ini akan dianggap tidak sah.

10. ArtiqAir dan Fujicare Sdn Bhd berhak untuk mengubah promosi tanpa notis terlebih dahulu.

Share Post