whatsapp logo removebg preview
Jom Sembang!

Terma dan Syarat untuk Peraduan ArtiqAir Muzikal Lawak Superstar 4

🎉 Nak tiket PERCUMA ke Muzikal Lawak Superstar 4? 🎉

Jom sertai peraduan kami dari 28 Oktober – 10 November 2024 dan berpeluang menang sepasang tiket eksklusif setiap minggu! 🎟️✨ Kami ada 15 pasang tiket untuk dimenangi!

1. Tempoh Peraduan
Peraduan ArtiqAir Muzikal Lawak Superstar 4 akan berlangsung dari 28 Oktober 2024 hingga 10 November 2024. Penyertaan yang diterima di luar tempoh ini tidak akan dipertimbangkan.

2. Cara Menyertai
Untuk menyertai Peraduan, peserta mesti:

  • Mengikuti akaun rasmi ArtiqAir di Instagram atau Facebook.
  • Komen jawapan yang betul di posting Peraduan di IG atau FB.
  • Kongsi posting Peraduan di story IG atau FB mereka dan tag akaun rasmi ArtiqAir.

3. Hadiah

  • Setiap pemenang akan menerima sepasang tiket Muzikal Lawak Superstar 4.
  • Terdapat sebanyak 15 pasang tiket untuk dimenangi, dengan 5 pasang diberikan setiap minggu.
  • Tiket tidak boleh dipindah milik, ditukar, atau ditebus untuk wang tunai atau hadiah lain.

5. Pemilihan Pemenang
Pemenang akan dipilih daripada peserta yang memenuhi semua syarat penyertaan dan memberikan jawapan yang betul. Pemenang akan dipilih secara rawak setiap minggu daripada penyertaan yang layak.

6. Penebusan Hadiah
Tarikh dan masa untuk setiap pertunjukan tiket akan ditentukan oleh ArtiqAir dan akan ditetapkan untuk setiap pemenang. Permintaan untuk menukar tarikh dibenarkan sekiranya terdapat kekosongan pada tarikh yg dipilih.

7. Pemberitahuan Pemenang
Nama-nama pemenang akan dipamerkan di posting media sosial ArtiqAir pada setiap hari rabu dan mereka juga akan dimaklumkan melalui mesej langsung (DM) di platform tempat mereka menyertai (IG atau FB) dalam masa tiga (3) hari selepas setiap pemilihan mingguan. Pemenang mesti memberikan maklum balas dalam tempoh 24 jam untuk mengesahkan penerimaan; jika tidak, pemenang alternatif mungkin akan dipilih.

8. Pembatalan Kelayakan
Peserta mungkin akan dibatalkan kelayakannya jika:

  • Tidak mengikuti akaun rasmi ArtiqAir.
  • Tidak share posting Peraduan di story IG atau FB.
  • Menggunakan akaun berbilang untuk menyertai atau cuba memanipulasi Peraduan.

9. Liabiliti
ArtiqAir tidak bertanggungjawab atas sebarang masalah teknikal, kegagalan penyertaan, atau faktor lain yang mungkin mempengaruhi keupayaan peserta untuk menyertai Peraduan.

10. Privasi
Data peribadi yang diberikan semasa Peraduan akan dikendalikan mengikut polisi privasi ArtiqAir dan digunakan semata-mata untuk tujuan pengurusan Peraduan.

11. Hak
ArtiqAir berhak untuk mengubah atau menamatkan Peraduan atau Terma dan Syarat ini tanpa notis terlebih dahulu.

Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju dengan Terma dan Syarat ini.

Share Post

Get in Touch with Us

Reach out to us for any inquiries, feedback, or assistance. We're here to help!