YouTube video

Kerjasama AA & Outpost

Outpost ArtiqAir - Menangi Set Teh Amber dengan berbelanja di mana-mana cawangan Outpost selagi tempoh kempen ini masih sah!

Menangi Set Teh Amber Setiap Minggu Dengan Outpost Uniform!

Berbelanja di Outpost Uniform dan menang Set Teh Amber? Betul! ArtiqAir kini bekerjasama dengan 24 outlet Outpost Uniform di seluruh Semenanjung Malaysia dengan menawarkan Set Teh Eksklusif yang boleh dimenangi setiap minggu. 

Menerusi Peraduan BELI DAN MENANG ini, semua pelanggan yang berbelanja di Outpost Uniform bermula 11 March sehingga 31 Mei akan berpeluang menjadi pemenang. Ini juga merupakan satu inisiatif terbaik dari ArtiqAir untuk menggalakkan ibu bapa berbelanja sempena hari permulaan persekolah pada bulan Mac ini.

Bagaimana cara untuk menyertai? Sangat mudah!

Anda hanya perlu:

  1. Berbelanja di mana – mana cawangan Outpost Uniform yang berdekatan.
  2. Imbas Kod QR.
  3. Lengkapkan butiran di dalam Google Form.
  4. Berpeluang menjadi pemenang!
Outpost ArtiqAir

Pemenang yang bertuah akan dipilih pada hari ISNIN setiap minggu bermula daripada 18 Mac 2024 sehingga 03 Jun 2024. 

Kerjasama Bersama ArtiqAir!

Psss..Psss.. Bukan sahaja dapat menang hadiah, bahkan pelanggan Outpost Uniform akan menerima diskaun eksklusif sekiranya mereka berminat untuk mendapatkan penyaman udara ArtiqAir. Diskaun sebanyak 50% untuk PEMBAYARAN BULAN PERTAMA dengan menggunakan kod promosi AAOutpost2024 semasa pembelian. Promosi ini akan berlangsung bermula dari 11 Mac 2024 sehingga 31 Mei 2024. 

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan ini. Mana tahu anda akan menjadi pelanggan Outpost yang bertuah untuk  mendapatkan Set Teh Amber yang eksklusif ini setiap minggu!

Ayuh! Apa tunggu lagi??  Datanglah dan membuat pembelian di mana – mana cawangan Outpost Uniform berdekatan anda sekarang juga!

Terma & Syarat

Sebelum menyertai peraduan ini, sila baca dan patuhi terma dan syarat seperti yang berikut dengan teliti: 

Tarikh Promosi ini sah bermula daripada 11 Mac 2024 sehingga 31 Mei 2024

  1. Promosi 50% untuk Pelanggan Outpost apabila mereka menghantar pesanan dihttps://artiqair.com.my/contact/ dalam tempoh promosi berlangsung dengan kod promosi AAOutpost2024.
  2. Diskaun 50% untuk pembayaran sewa ArtiqAir dan hanya terpakai pada bulan pertama dengan setiap pembelian penyaman udara ArtiqAir.
  3. Pelanggan Outpost boleh menggunakan kod untuk lebih dari satu transaksi.
  4. Kod promosi hanya terpakai apabila pelanggan menghantar pesanan mereka di laman web ArtiqAir.
  5. Terma dan syarat yang dinyatakan di www.artiqair.com.my akan terpakai untuk semua penggunaan Kod Promosi.
  6. ArtiqAir berhak untuk mengubahsuai terma dan syarat ini pada bila-bila masa.
  7. Hanya satu promosi sahaja digunakan untuk setiap pembelian.
  8. Pelanggan Outpost tidak dibenarkan menggabungkan sebarang promosi ArtiqAir lain yang sedang berlangsung dengan promosi ini.
  9. Diskaun yang ditawarkan dalam promosi pelanggan Outpost ini tidak boleh dipindahkan atau ditukar dengan wang tunai mahupun sebarang bentuk pampasan yang lain.
  10. Promosi ini tidak sah bagi pesanan yang dihantar selepas 31 Mei 2024.
  11. ArtiqAir berhak untuk mengubah atau menghentikan promosi ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu dan sekiranya sebarang perubahan berlaku, ianya akan disampaikan melalui saluran rasmi syarikat.
Outpost ArtiqAir
Share Post