The Masked Singer

Sidang Media: The Masked Singer Malaysia Musim Ke-4

Kepelbagaian flora, fauna dan makanan menjadi tema pilihan maskot para peserta, antaranya termasuklah pasangan duo.

Kuala Lumpur, 6 Disember 2023 – Program pertandingan nyanyian penuh misteri yang berjaya mencetuskan fenomena untuk tiga musim berturut-turut kini kembali dengan menampilkan kepelbagaian kostum dan daya tarikan yang menakjubkan! “The Masked Singer Malaysia” musim ke-4 akan bersiaran secara langsung buat pertama kalinya, pada setiap hari Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

The Masked Singer

Dengan tajaan istimewa dari jenama penyaman udara tempatan, ArtiqAir, ‘The Masked Singer Malaysia’ musim ke-4 tampil lebih gah dan bergaya, serta bakal membuka tirainya semula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara. Terdiri daripada nama-nama hebat yang hadir dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi. Dengan mengekalkan format asal program realiti terkemuka ‘The King of Mask Singer’ daripada Korea Selatan, bakat-bakat ini akan bertanding dan memaparkan kehebatan nyanyian masing-masing di hadapan barisan juri selebriti. Hanya suara sahaja yang akan dipertaruhkan pada masa yang sama membuatkan panel juri meneka dan berdebat siapa dalang di sebalik topeng untuk dinobatkan sebagai juara.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Idlan Zahari, “Sebagai saluran komedi utama pilihan rakyat Malaysia, Astro Warna sentiasa peka dengan kehendak penonton dan berusaha menyajikan kandungan terkini, sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Kami menyambut baik sokongan para peminat dan penontan yang mahukan perkembangan landskap industri hiburan dengan membawa kembali rancangan ‘The Masked Singer Malaysia’ di musim ke-4 yang akan bersiaran secara langsung dengan menggabungkan muzik dan komedi sebagai salah satu cabang seni yang bergerak secara beriringan; sekaligus mentakrifkan semula genre lawak.

Menerusi kejayaan pada musim-musim lalu, Astro terus ke hadapan dengan menaiktaraf kostum-kostum untuk diperlihatkan kepada peminat dengan menyelitkan elemen yang dekat dengan masyarakat Malaysia termasuk flora, fauna dan kepelbagaian makanan tempatan, hasil rekaan Puan Akma Suriati Awang serta mendapat sentuhan istimewa daripada pereka terkenal tempatan Syomirizwa Gupta. Selain itu, penjurian di musim ke-4 turut mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan undian daripada penonton sebanyak 20% untuk setiap minggu. Pihak Astro berharap agar musim ke-4 ini dapat mengekalkan tradisi seperti sebelumnya apabila rancangan ‘The Masked Singer Malaysia’ berjaya mengungguli hati rakyat Malaysia dengan nilai produksi yang hebat serta suara-suara mantap di sebalik topeng. Siapakah dalang di sebalik kelima belas topeng yang ada? Kita tunggu dan lihat!” tambah Idlan.

Seramai 15 orang selebriti dan personaliti tempatan dengan gabungan duo akan memperagakan 14 kostum unik pada musim ini yang merangkumi Musang, Sang Kancil, Putera Katak, Mat Helang, Abang Jagung, Roti John, Bawang Putih, Kak Cat, Ikan Emas, Teratai, Bunga Matahari, Pom Pom Kin, Biskut Aiskrim dan buat julung kalinya, kami memperkenalkan pasangan duo Cili Padi di pentas ‘The Masked Singer Malaysia’. ‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

The Masked Singer

Buat pertama kalinya, rancangan ‘The Masked Singer Malaysia’ ini bakal bersiaran SECARA LANGSUNG dengan durasi selama dua jam sehingga tiga jam bagi setiap episod, dan ini merupakan satu lagi cabaran besar buat barisan peserta musim ini sekaligus menjadi cabaran baharu buat pihak produksi. Malaysia merupakan negara ke-2 yang berani menyahut cabaran untuk bersiaran secara langsung. Walaubagaimanapun, pihak produksi telahpun meneliti setiap aspek keselamatan peserta sebagai langkah berjaga-jaga. Bakal berlangsung selama 10 minggu dan dijalankan di CIBD Convention Center Kuala Lumpur, para pelanggan Astro boleh menyaksikan musim baharu ‘The Masked Singer Malaysia’ pada setiap Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD) dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ArtiqAir and Amber Homeware Collaboration: Premium Porcelain Tableware for ArtiqAir Subscribers

Promosi Terhand, ArtiqAir and Amber Homeware

Introduction

We’re thrilled to announce an exciting collaboration between ArtiqAir and Amber Homeware, an affiliate of Amber Porcelain in Malaysia. Be amazed as we unveil the exclusive premium gift set from Amber Homeware, specially curated for ArtiqAir subscribers. Let’s delve into the world of Amber Homeware’s exceptional products and uncover why they are the ideal match for ArtiqAir’s top-notch air conditioning solutions.

About Amber Homeware

Say hello to Amber Homeware, a brand founded by Amber and her family, with close ties to Amber Porcelain, a renowned manufacturer of exquisite porcelain dinnerware. Headquartered in ChaoZhou, China, Amber Porcelain has been crafting breathtaking porcelain art pieces and tableware since 2011. Their unique approach to integrating remarkable works of art into their collections truly sets them apart.

The Beauty of Porcelain

Porcelain, a gem within the ceramic family, has adorned kitchens and dining tables for centuries. It originates from China and’s often affectionately referred to as “China”or “fine China.” The porcelain price reflects its quality, and Amber Porcelain is celebrated for producing the crème de la crème of porcelain products.

Porcelain possesses incredible strength, flexibility, permeability, and translucency, making it a treasure of durability and value. The high heat used during manufacturing adds even more sturdiness and longevity when combined with ceramic tableware.

ArtiqAir and Amber Homeware

Easy Maintenance and Versatility

The smooth, lustrous texture of porcelain adds elegance and makes it a breeze to clean. Simply use water and dish soap to effortlessly remove grease stains, making porcelain the ultimate choice for convenient plating and hassle-free cleanup.

Amber Homeware’s collection stands out for its versatility, offering a range of combinations, colours, forms, and sizes. Whatever the occasion, from formal dinners to casual gatherings, you can explore a myriad of options to complement the theme and ambience of your meal perfectly.

The Perfect Collaboration

The collaboration between ArtiqAir and Amber Homeware is a match made in heaven, combining practicality with elegance to elevate your experience. We’ve handpicked a stunning product from Amber Homeware’s collection for our exclusive premium gift set. We’ve created a seamless blend of exceptional craftsmanship and refined style by combining ArtiqAir’s reliable air conditioning solutions with Amber Homeware’s exquisite porcelain tableware.

Embark on a journey of enhanced air conditioning and dining experiences with the ArtiqAir and Amber Homeware collaboration. Elevate your moments and indulge in the finest quality.

ArtiqAir and Amber Homeware

ArtiqAir and Amber Homeware Collaboration: Premium Porcelain Tableware for ArtiqAir Subscribers

Sidang Media: The Masked Singer Malaysia Musim Ke-4

Kepelbagaian flora, fauna dan makanan menjadi tema pilihan maskot para peserta, antaranya termasuklah pasangan duo.

Kuala Lumpur, 6 Disember 2023 – Program pertandingan nyanyian penuh misteri yang berjaya mencetuskan fenomena untuk tiga musim berturut-turut kini kembali dengan menampilkan kepelbagaian kostum dan daya tarikan yang menakjubkan! “The Masked Singer Malaysia” musim ke-4 akan bersiaran secara langsung buat pertama kalinya, pada setiap hari Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

The Masked Singer

Dengan tajaan istimewa dari jenama penyaman udara tempatan, ArtiqAir, ‘The Masked Singer Malaysia’ musim ke-4 tampil lebih gah dan bergaya, serta bakal membuka tirainya semula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara. Terdiri daripada nama-nama hebat yang hadir dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi. Dengan mengekalkan format asal program realiti terkemuka ‘The King of Mask Singer’ daripada Korea Selatan, bakat-bakat ini akan bertanding dan memaparkan kehebatan nyanyian masing-masing di hadapan barisan juri selebriti. Hanya suara sahaja yang akan dipertaruhkan pada masa yang sama membuatkan panel juri meneka dan berdebat siapa dalang di sebalik topeng untuk dinobatkan sebagai juara.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Idlan Zahari, “Sebagai saluran komedi utama pilihan rakyat Malaysia, Astro Warna sentiasa peka dengan kehendak penonton dan berusaha menyajikan kandungan terkini, sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Kami menyambut baik sokongan para peminat dan penontan yang mahukan perkembangan landskap industri hiburan dengan membawa kembali rancangan ‘The Masked Singer Malaysia’ di musim ke-4 yang akan bersiaran secara langsung dengan menggabungkan muzik dan komedi sebagai salah satu cabang seni yang bergerak secara beriringan; sekaligus mentakrifkan semula genre lawak.

Menerusi kejayaan pada musim-musim lalu, Astro terus ke hadapan dengan menaiktaraf kostum-kostum untuk diperlihatkan kepada peminat dengan menyelitkan elemen yang dekat dengan masyarakat Malaysia termasuk flora, fauna dan kepelbagaian makanan tempatan, hasil rekaan Puan Akma Suriati Awang serta mendapat sentuhan istimewa daripada pereka terkenal tempatan Syomirizwa Gupta. Selain itu, penjurian di musim ke-4 turut mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan undian daripada penonton sebanyak 20% untuk setiap minggu. Pihak Astro berharap agar musim ke-4 ini dapat mengekalkan tradisi seperti sebelumnya apabila rancangan ‘The Masked Singer Malaysia’ berjaya mengungguli hati rakyat Malaysia dengan nilai produksi yang hebat serta suara-suara mantap di sebalik topeng. Siapakah dalang di sebalik kelima belas topeng yang ada? Kita tunggu dan lihat!” tambah Idlan.

Seramai 15 orang selebriti dan personaliti tempatan dengan gabungan duo akan memperagakan 14 kostum unik pada musim ini yang merangkumi Musang, Sang Kancil, Putera Katak, Mat Helang, Abang Jagung, Roti John, Bawang Putih, Kak Cat, Ikan Emas, Teratai, Bunga Matahari, Pom Pom Kin, Biskut Aiskrim dan buat julung kalinya, kami memperkenalkan pasangan duo Cili Padi di pentas ‘The Masked Singer Malaysia’. ‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

The Masked Singer

Buat pertama kalinya, rancangan ‘The Masked Singer Malaysia’ ini bakal bersiaran SECARA LANGSUNG dengan durasi selama dua jam sehingga tiga jam bagi setiap episod, dan ini merupakan satu lagi cabaran besar buat barisan peserta musim ini sekaligus menjadi cabaran baharu buat pihak produksi. Malaysia merupakan negara ke-2 yang berani menyahut cabaran untuk bersiaran secara langsung. Walaubagaimanapun, pihak produksi telahpun meneliti setiap aspek keselamatan peserta sebagai langkah berjaga-jaga. Bakal berlangsung selama 10 minggu dan dijalankan di CIBD Convention Center Kuala Lumpur, para pelanggan Astro boleh menyaksikan musim baharu ‘The Masked Singer Malaysia’ pada setiap Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD) dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Whatsapp