YouTube video

4 Mitos dan Fakta Mengenai Penyaman Udara Berinverter

Penyaman udara kini penting bagi keselesaan kita, terutamanya ketika cuaca panas. Penyaman udara berinverter merupakan  inovasi terkini, dan semestinya pelbagai mitos wujud tentang sistem penyejukan ini.

Penyaman udara kini penting bagi keselesaan kita, terutamanya ketika cuaca panas. Penyaman udara berinverter merupakan  inovasi terkini, dan semestinya pelbagai mitos wujud tentang sistem penyejukan ini. Berikut merupakan beberapa mitos dan fakta tentang penyaman udara berinverter. 

Mitos mengenai Penyaman Udara Berinverter

1 – Penyaman udara berinverter menggunakan lebih banyak tenaga

Fakta: Penyaman udara berinverter lebih cekap dalam penggunaan tenaga kerana ia menyesuaikan kelajuan pemampat untuk mengekalkan suhu yang stabil. Dengan cara ini, penggunaan tenaga Penyaman udara inverter dapat dikurangkan apabila suhu yang dikehendaki telah tercapai serta dapat menjimatkan sehingga lebih 30% tenaga.

2 – Penyaman udara inverter berbunyi bising

Fakta: Penyaman udara inverter mempunyai mode yang lebih senyap berbanding yang  bukan inverter. Pemampat berkelajuan dinamik membolehkan ianya beroperasi dengan lebih lancar dan menghasilkan bunyi yang lebih senyap. Dengan teknologi baru yang digunakan ianya telah dapat mencipta  suasana yang lebih tenang dan selesa. 

3 – Penyaman udara inverter lebih mahal
Fakta: Walaupun Penyaman udara inverter mungkin memerlukan kos permulaan yang lebih tinggi berbanding model bukan inverter, tetapi ianya dapat memberikan penjimatan lebih bagi jangka masa panjang dengan mengurangkan penggunaan tenaga dan bil elektrik pengguna. Dengan permintaan yang semakin meningkat dan harga yang kompetitif, penyaman udara inverter telah menjadi pilihan utama dan mesra bajet bagi kebanyakan isi rumah.

4- Penyaman udara inverter memerlukan penyelenggaraan yang kerap
Fakta: Penyaman udara inverter mahupun bukan inverter, kedua-duanya masih memerlukan penyelenggaraan berkala untuk memastikan prestasi dan jangka hayat yang terbaik. Tambahan pula, beberapa model jenis inverter kini dilengkapi dengan ciri pembersihan automatik berdasarkan teknologi baru yang digunakan.

Oleh itu, penyaman udara inverter ternyata mempunyai lebih banyak faedah berbanding yang bukan inverter kerana ianya lebih cekap tenaga, mempunyai bunyi yang lebih senyap dan sebagainya. Jadi, sekarang adalah masa yang sesuai untuk melabur dalam penyaman udara inverter bagi meningkatkan lagi keselesaan, penjimatan, dan kelestarian dalam ruang anda. Jangan tunggu lagi – naik taraf penyaman udara inverter dengan ArtiqAir hari ini!

Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang fakta dan mitos penyaman udara.

Share Post