

Bil Elektrik Naik Mendadak! Ini Punca Yang Ramai Tak Perasan!
Bila bil elektrik mula mencecah angka yang tidak sepatutnya, mulalah kita tertanya-tanya apakah puncanya? Korang tahu tak, salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kenaikan bil elektrik rumah adalah aircond yang jarang diselenggara. Aircond yang tidak diselenggara dengan baik boleh meningkatkan penggunaan elektrik sehingga 30%. Ini kerana kotoran yang terkumpul akan menghalang aliran udara, menyebabkan sistem bekerja lebih keras dan akan mengalami masalah seperti penapis tersumbat, kotoran pada komponen penting, serta kebocoran gas penyejuk yang mengakibatkan penyejukan tidak efektif serta meningkatkan penggunaan elektrik.

Pengiraan Penggunaan Elektrik Aircond yang Tidak Diselenggara
Mari kita lihat contoh pengiraan penggunaan elektrik bagi aircond 1.0HP yang tidak diselenggara, berdasarkan tarif elektrik semasa di Malaysia.
Contohnya,
- Daya Input Aircond: 890W (0.89kW).
- Waktu Penggunaan: 8 jam sehari.
- Hari Penggunaan: 30 hari sebulan.
Penggunaan Elektrik Sebulan = 0.89kW x 8 Jam x 30 hari = 213.6 kWh |
Penggunaan Tenaga dengan Penambahan 30% Akibat Tidak Diselenggara:
213.6 kWh x 1.30 = 277.68 kWh |
Kos Penggunaan Elektrik:
- 200 kWh pertama: 200 kWh x RM0.218 = RM43.60
- 77.68 kWh seterusnya: 77.68 kWh x RM0.334 = RM25.95
- Jumlah Kos: RM43.60 + RM25.95 = RM69.55
Jika aircond diselenggara dan beroperasi pada kecekapan optimum (213.6 kWh), kosnya:
- 200 kWh pertama: 200 kWh x RM0.218 = RM43.60
- 13.6 kWh seterusnya: 13.6 kWh x RM0.334 = RM4.54
- Jumlah Kos: RM43.60 + RM4.54 = RM48.14
Perbezaan Kos Akibat Tidak Selenggara: RM69.55 – RM48.14 = RM21.41
Ini menunjukkan peningkatan kos sebanyak RM21.41 sebulan atau RM256.92 setahun hanya kerana tidak menyelenggara aircond.
Kesimpulan
Menyelenggara aircond secara berkala bukan sahaja memastikan udara yang lebih bersih dan nyaman, tetapi juga membantu mengurangkan penggunaan elektrik dan menjimatkan bil bulanan. Jangan biarkan kelalaian dalam penyelenggaraan menyebabkan pembaziran tenaga dan wang. Jadualkan pembersihan aircond korang hari ini dengan ArtiqAir untuk penjimatan jangka panjang.