Tawaran Eksklusif buat Pelanggan Maxis dari ArtiqAir

Penjimatan sehingga RM115 sewaan bulanan penyaman udara ArtiqAir khas untuk pelanggan Maxis sahaja!

Kerjasama bersama jenama penyedia perkhidmatan komunikasi terkemuka di Malaysia, Maxis ini merupakan satu inisiatif baru ArtiqAir dalam menerokai dunia telekomunikasi. Tambahan pula Maxis terkenal dengan rangkaian yang luas dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

Promosi Menarik untuk Anda!

Menerusi kerjasama ini, kami menawarkan promosi eksklusif yang pastinya tidak akan anda lepaskan. Promosi yang ditawarkan adalah:

  • Diskaun 50% untuk 2 Bulan Pertama: Nikmati diskaun 50% untuk dua bulan pertama ke atas bayaran sewaan penyaman udara ArtiqAir. Penjimatan sehingga RM115!
  • Tempoh Promosi: Tawaran eksklusif ini bermula dari 15 Julai hingga 31 Disember 2024.

Kenapa Memilih ArtiqAir?

ArtiqAir berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian penyaman udara terbaik yang dapat memenuhi keperluan anda. Selaras dengan tagline ArtiqAir, LEBIH MUDAH LEBIH NYAMAN, ArtiqAir ingin menjadikan kolaborasi bersama Maxis ini akan memudahkan penggunanya untuk memiliki penyaman udara.

Cara Mendapatkan Promosi

Lawati aplikasi Maxis untuk nikmati promosi eksklusif ini. Wakil kami akan membimbing anda sepanjang proses tersebut dan membantu anda memilih penyelesaian penyaman udara terbaik untuk rumah dan pejabat anda.

Kerjasama antara ArtiqAir dan Maxis menandakan pencapaian penting dalam perjalanan kami untuk memberikan nilai yang luar biasa kepada para pelanggan. Kami yakin bahawa promosi ini akan membantu anda merasai pengalaman yang terbaik dari kedua-dua dunia – penyaman udara ArtiqAir dan kebolehpercayaan perkhidmatan Maxis. Jadi, jangan lepaskan tawaran terhad ini. Dapatkan sekarang dan nikmati persekitaran yang lebih sejuk dan selesa dengan ArtiqAir dan Maxis!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web kami di www.artiqair.com.my atau hubungi ArtiqAir hari ini.

Share Post