NOTIS PRIVASI DATA PERIBADI

Notis Privasi Data Peribadi ini adalah diisukan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 (“Akta”) (“Notis Privasi”), dan memaklumkan kepada anda polisi dan amalan kami mengenai perkara privasi data yang mungkin anda bimbangkan, sebelum anda berikan data peribadi anda kepada kami.

Dalam Notis Privasi ini, kami akan memberitahu anda:

    • sumber data peribadi anda
    • apakah data peribadi yang dikumpulkan
    • tujuan kami menggunakan data peribadi anda
    • kepada siapa data peribadi anda boleh didedahkan
    • hak anda ke atas data peribadi anda
    • keselamatan data peribadi anda
    • berapa lama kami akan menyimpan data peribadi anda
    • bagaimana untuk menghubungi kami untuk pertanyaan mengenai data peribadi anda

1. Sumber data peribadi anda

  • Kami secara amnya mengumpul data peribadi daripada anda. Sebagai contoh, apabila anda mengemukakan permohonan untuk menyewa dan/atau melanggan produk dan/atau perkhidmatan kami, anda akan dikehendaki mengisi borang pesanan jualan dengan data peribadi anda. Sekiranya anda berhasrat untuk memberi perkhidmatan atau membekalkan barangan kepada kami, kami juga mungkin akan menyediakan borang di mana data peribadi anda atau pengarah dan/atau pemegang saham anda akan dikumpulkan. Kami juga mungkin mengesahkan atau mendapatkan maklumat peribadi anda dan/atau syarikat anda daripada sumber pihak ketiga seperti biro kredit atau agensi yang memberikan kredit atau maklumat lain, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Pengarah Insolvensi, Pendaftar Perniagaan, dan sebagainya

2. Data peribadi seperti mana yang dikumpulkan

  • Data peribadi umum seperti nama anda, nombor kad pengenalan atau pasport, kewarganegaraan, alamat kediaman dan perniagaan serta nombor hubungan akan dikumpul. Data peribadi khusus mungkin dikehendaki dan dikumpulkan daripada anda atau sumber pihak ketiga untuk urusan, transaksi atau aktiviti tertentu dan untuk pengurusan risiko/penipuan.

  • Jika dinyatakan, ia adalah obligasi anda untuk memberikan data peribadi anda kepada kami untuk membolehkan kami memproses permohonan anda untuk produk atau perkhidmatan kami. Sekiranya anda enggan memberikan data peribadi wajib tersebut, kami tidak akan dapat meneruskan permohonan anda dengan lebih lanjut

3. Tujuan kami menggunakan data peribadi anda

  • Data peribadi yang diberikan oleh anda akan dikumpul, digunakan dan diproses oleh kami untuk, antara lain, tujuan berikut:-

      • untuk mempertimbangkan permintaan anda untuk produk atau perkhidmatan;
      • untuk membolehkan kami menyediakan produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang dipohon oleh anda;
      • untuk memberitahu anda tentang produk dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda;
      • untuk memberitahu anda tentang manfaat dan perubahan kepada ciri perkhidmatan kami;
      • untuk melaksanakan tugas pentadbiran dan operasi lain (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengurusan risiko, pembangunan sistem, pemarkahan kredit, latihan kakitangan, tinjauan pasaran atau pelanggan, penambahbaikan perkhidmatan dan pembangunan produk);
      • untuk mengendalikan pertanyaan, audit, aduan atau prosiding undang-undang;
      • untuk mencegah atau menyiasat sebarang penipuan atau jenayah atau penipuan atau jenayah yang disyaki;
      • seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan yang berkaitan;
      • semua tujuan lain yang perlu dan/atau bersampingan dengan perniagaan kami dan semua tujuan yang perlu untuk/atau berkaitan dengan mana-mana tujuan di atas.

4. Kepada siapa data peribadi anda boleh didedahkan

  • Data peribadi anda yang diberikan kepada kami secara amnya akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, anda dengan ini membenarkan dan memberi kuasa kepada kami untuk memberikan atau mendedahkan data peribadi anda kepada kategori pihak berikut:-

      • bank, institusi kewangan dan syarikat insuran
      • biro kredit, agensi laporan kredit dan syarikat yang ditubuhkan untuk tujuan mengumpul dan menyediakan maklumat kredit;
      • juruaudit, perunding, akauntan, syarikat insuran, peguam, atau penasihat kewangan atau profesional kami yang lain;
      • penerima serah hak atau bakal penerima serah hak, pemeroleh atau bakal pemeroleh dan pengganti hak milik kami;
      • semua pihak atau badan lain yang membekalkan kami perkhidmatan yang diperlukan dan/atau bersampingan dengan perniagaan kami;
      • mana-mana pihak yang kami dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai tindak balas kepada agensi kawal selia atau kerajaan.

5. Hak anda ke atas data peribadi anda

  • Anda boleh meminta kami untuk berhenti memproseskan data peribadi anda secara amnya atau untuk tujuan tertentu atau dengan cara tertentu supaya pemprosesan tidak menyebabkan ganti rugi yang besar atau kesusahan yang tidak wajar kepada anda. Kami akan berusaha untuk mematuhi permintaan anda setakat yang dibenarkan tanpa menjejaskan hak dan kewajipan berhubung dengan transaksi kami.

6. Sejauh mana tahap keselamatan data peribadi anda

  • Kami akan berusaha untuk memastikan bahawa pemprosesan data peribadi anda dijalankan dalam persekitaran yang selamat untuk mencegah kehilangan, pendedahan yang menyalahi undang-undang dan penyalahgunaan data peribadi anda.

7. Berapa lama kami akan menyimpan data peribadi anda

  • Kami akan menyimpan data peribadi anda untuk tempoh masa yang diperlukan untuk melaksanakan tujuan data peribadi anda dikumpul dan juga untuk tujuan lain yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini, termasuk untuk mengendalikan pertanyaan, audit, aduan atau prosiding undang-undang. Kami juga akan mematuhi undang-undang, cukai dan keperluan peraturan dan industri dan/atau garis panduan yang berkaitan dengan penyimpanan data peribadi.

8. Bagaimana untuk menghubungi kami berhubung dengan pertanyaan anda mengenai data peribadi anda

  • Kami akan berusaha untuk memastikan data peribadi lengkap, tepat dan terkini. Jika anda berpendapat bahawa data peribadi anda dengan kami adalah tidak tepat, tidak lengkap atau tidak terkini, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kebimbangan atau aduan berkaitan pengendalian data peribadi anda, sila hubungi kami di alamat berikut:-

    FUJITREK SDN BHD

  • Alamat: L2-10, Wisma BU8, 11, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

    Telefon: 03-7717 3030

    Emel: csteam@artiqair.com.my

    U/P: Managing Director

9. Perubahan pada Notis Privasi ini

  • Kami akan menyemak dan mengemaskini Notis Privasi ini dari masa ke semasa. Notis mengenai sebarang semakan atau kemaskini sedemikian akan diberikan di laman web kami dan/atau melalui cara komunikasi lain yang dianggap sesuai.