
PENGURUS JUALAN
TANGGUNGJAWAB UTAMA
• Perekrutan, latihan, pemantapan dan penglibatan ejen.
• Membentuk dan melaksanakan strategi perekrutan ejen yang komprehensif.
• Menguruskan proses penyediaan dan latihan untuk ejen baru, memastikan mereka dilengkapi dengan pengetahuan produk dan kemahiran jualan yang diperlukan.
• Memberikan bimbingan dan mentor kepada pasukan jualan untuk meningkatkan prestasi mereka, teknik jualan, dan pengurusan hubungan pelanggan.
• Mempraktikkan persekitaran kerja positif dan bermotivasi, menggalakkan penglibatan dan semangat pasukan melalui komunikasi yang berkesan.
MENGUMPUL DAN MENINGKATKAN JUALAN
• Mengambil pendekatan proaktif dengan mengenal pasti dan menyasarkan pelanggan berpotensi melalui pelbagai saluran, termasuk membuat panggilan, membina rangkaian, dan rujukan.
• Bekerjasama dengan pasukan pemasaran untuk mencapai matlamat dan strategi jualan secara keseluruhan.
• Mengumpul dan meningkatkan jualan dengan menunjukkan pemahaman mendalam tentang keperluan pelanggan, berkomunikasi secara berkesan tentang faedah produk, dan memberikan penyelesaian untuk memenuhi keperluan pelanggan.
MEMBERIKAN LATIHAN UNTUK PASUKAN JUALAN
• Mengadakan sesi latihan berkala untuk pasukan jualan untuk meningkatkan pengetahuan produk mereka, teknik jualan, kemahiran mengendalikan masalah, dan meningkatkan prestasi kerja mereka.
• Memastikan bahan latihan bersesuaian, menarik, dan selaras dengan trend pasaran semasa dan keutamaan pelanggan.
MENAMBAH BAIK PROSES JUALAN
• Menganalisis dan menyemak proses jualan yang sedia ada, mengenal pasti proses-proses yang perlu diperbaiki untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan, dan kepuasan pelanggan.
• Mencadangkan dan melaksanakan perubahan untuk mengoptimumkan proses jualan, iaitu termasuk mendapatkan pelanggan yang berkualiti, meningkatkan penggunaan CRM, dan memastikan proses jualan berjalan dengan lancar.
BEKERJASAMA DENGAN PASUKAN PEMASARAN
• Bekerjasama rapat dengan pasukan pemasaran untuk mendapatkan pelanggan yang berpotensi dan berkualiti.
• Memberikan pandangan dalam membina kempen dan strategi pemasaran berdasarkan trend jualan terkini.
• Mengambil bahagian dalam mesyuarat bersama pasukan pemasaran untuk menyelaraskan usaha jualan dan pemasaran serta berkongsi trend pasaran yang terkini.
KELAYAKAN
• Ijazah Sarjana Muda dalam Perniagaan, Pemasaran, atau bidang yang berkaitan.
• Rekod prestasi yang terbukti dalam jualan, dengan sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam peranan kepemimpinan jualan.
• Pemahaman yang kukuh tentang proses jualan, teknik, dan pengurusan hubungan pelanggan.
• Kemahiran komunikasi, perundingan, dan interpersonal yang baik.
• Ciri-ciri kepemimpinan dengan keupayaan untuk memberi inspirasi dan memotivasi pasukan jualan.
• Pemikiran analitikal dengan keupayaan untuk menginterpretasi data jualan dan mengenal pasti trend.
• Kemampuan untuk bekerjasama dengan pasukan dari jabatan lain.
MANFAAT

Insurans syarikat disediakan jika melepasi tempoh percubaan.

EPF, SOCSO, dan EIS disediakan.

Aktiviti syarikat pada setiap bulan.

Cuti Tahunan, Cuti Sakit, Cuti Hospitalisasi, Cuti Paternity, dan Cuti Am diberikan.
Berminat untuk menyertai pasukan kami?
Berminat untuk menyertai pasukan kami dan memulakan perjalanan kerjaya yang menjanjikan pertumbuhan serta lebih banyak peluang bagi anda. Mohon sekarang dan jadilah sebahagian daripada pasukan yang hebat!
Mohon Sekarang