Pastikan Penyaman Udara Anda Berfungsi Dengan Baik

Di ArtiqAir, kami mendahulukan kepentingan pembersihan penyaman udara secara berkala. Penyaman udara anda memainkan peranan penting dalam mengekalkan persekitaran yang lebih selesa dan sihat. Oleh sebab itulah, kami menawarkan pembersihan TERBAIK dan menyeluruh bagi memastikan unit anda beroperasi pada tahap terbaik, memberikan kadar penyejukan yang bersih dan cekap tenaga pada bila-bila masa anda memerlukannya.
ArtiqAir MySWAT-Team

Komitmen Kami Kepada "3G"

Di ArtiqAir, kami percaya pada prinsip "3G": Baik untuk Kesihatan Anda (Good for Your Health), Baik untuk Produk (Good for Product), dan Baik untuk Alam Sekitar (Good for the Environment).

Baik untuk Kesihatan

Penyaman udara yang diselenggara dengan baik dapat membantu meningkatkan kualiti udara dalaman, mengurangkan risiko masalah pernafasan dan alahan. Pembersihan menyeluruh kami adalah termasuk pembersihan dan sanitasi untuk menghilangkan habuk, alergen, dan bakteria, sekali gus mewujudkan persekitaran hidup yang lebih sihat untuk anda dan keluarga.

Baik untuk Produk

Pembersihan berkala dapat memanjangkan jangka hayat penyaman udara anda, memastikan prestasi dan kecekapan yang optimum. Kami membantu anda menjimatkan masa dan wang dalam jangka masa panjang daripada penyelenggaraan yang mahal sekiranya masalah dapat dikesan dengan lebih awal.

Baik untuk Alam Sekitar

Penyaman udara yang cekap tenaga menggunakan kurang tenaga elektrik, pelepasan karbon dan menyumbang kepada bumi yang lebih hijau. Dengan menyelenggara unit anda secara berkala, anda bukan sahaja dapat mengurangkan penggunaan tenaga, tetapi juga meminimumkan impak terhadap alam sekitar, sekali gus memberikan kesan positif kepada generasi masa depan.
Pembersihan

Menerokai Manfaat yang Tersembunyi

Tahukah anda bahawa pembersihan biasa menawarkan pelbagai manfaat tersembunyi selain daripada keselesaan? Kajian menunjukkan bahawa unit yang diselenggara dengan baik boleh meningkatkan kualiti udara dalaman secara ketara, mengurangkan risiko penyakit pernafasan, dan meningkatkan kesejahteraan keseluruhan. Selain itu, penyaman udara yang dibersihkan dengan betul akan menggunakan sedikit tenaga, mengurangkan bil elektrik dan kesan kepada alam sekitar. Dengan melakukan pembersihan berkala, bukan sahaja dapat menyelenggara penyaman udara, malah anda juga melabur dalam kesihatan, kewangan, dan alam sekitar.
Kecekapan

20% Lebih Cekap Tenaga

Kajian menunjukkan bahawa sistem penyaman udara yang diselenggara dengan baik boleh mencapai antara 5% hingga 20% lebih cekap tenaga berbanding unit yang tidak diselenggara. Dalam beberapa kes, penjimatan tenaga mungkin lebih besar, terutamanya jika sistem tersebut berada dalam keadaan buruk atau mempunyai masalah besar yang dapat diselesaikan dengan melakukan pembersihan.
artiqair indoor installation
Kesihatan

50% Pengurangan Zarah Udara

Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA), pembersihan dan penggantian penapis udara secara berkala dalam sistem HVAC boleh mengurangkan zarah-zarah udara dalaman sebanyak 15% hingga 50%, termasuk habuk, kotoran, dan alergen lain.

Angka-angka ini mementingkan manfaat dalam menyelenggara sistem penyaman udara untuk kualiti udara dalaman dan kesihatan sekeliling.
ArtiqAir Testimonial 1

Herman

5.0
ArtiqAir Owner
Saya sangat berpuas hati dengan aircond ArtiqAir dan kaedah pembersihannya. Pemasangannya cepat dan kemas, ditambah pula dengan pasukan technician yang sangat berpengetahuan. Pilihan yang sangat tepat!
ArtiqAir Testimonial 2

Nor Ruzaina’s Son

5.0
ArtiqAir Owner
Khidmat pemasangan ArtiqAir sangat memuaskan, techniciannya mesra dan profesional. Selepas pemasangan, aircond terus berfungsi dengan baik. Sangat mengesyorkan produk ini!
ArtiqAir Testimonial 3

Amirul Haziq

5.0
ArtiqAir Owner
Servis pemasangan yang mantap! Semuanya berjalan lancar, tanpa masalah. Aircond ArtiqAir ni sangat cepat menyejukkan bilik. Terbaik lah ArtiqAir!
Berjadual

Perkenalkan MyK-Coil

Nikmati pengalaman pembersihan yang ditingkatkan dengan MyK-Coil, larutan alkali untuk membersihkan lapisan penyaman udara. MyK-Coil berkesan menghilangkan kotoran degil, mengembalikan kecekapan dan prestasi unit anda. Dengan MyK-Coil, anda dapat menikmati udara yang lebih bersih dan jangka hayat penyaman udara yang lebih panjang.
PENYELENGGARAAN

9 Langkah Proses Pembersihan

Proses pembersihan kami yang komprehensif memastikan pembersihan dan penyelenggaraan menyeluruh pada penyaman udara anda:

1. Pemeriksaan UnitMenilai keadaan keseluruhan unit.

2. Membuka Bahagian (Dismantling)Membuka bahagian-bahagian penyaman udara seperti panel hadapan dan badan penyaman udara.

3. Pemasangan KanvasMenempatkan kanvas perlindungan untuk mencegah tumpahan air.

4. Pencucian PenapisPembersihan dan mencuci penapis penyaman udara.

5. Pembersihan KimiaMenggunakan campuran kimia khas untuk menghilangkan bakteria dan kulat.

6. Pembersihan Unit DalamanPembersihan menyeluruh komponen unit dalaman.

7. Pembersihan Unit LuarPembersihan menyeluruh komponen unit luar.

8. Pemeriksaan UnitMemeriksa dan mengelap keseluruhan unit untuk prestasi optimum.

9. Pemeriksaan SuhuMemastikan pengawalan suhu yang betul untuk keselesaan dan kecekapan.

Di ArtiqAir, kami komited untuk menjaga kesejukan, kesihatan serta alam sekitar anda.

Langgani pakej sewa ArtiqAir sekarang untuk mendapatkan penyaman udara pertama anda yang dilengkapi dengan pakej pembersihan yang paling komprehensif pada hari ini!