Kolaborasi Terkini ArtiqAir dan Petron: Tawaran Terbaik Servis Kimia Penyaman Udara

Servis Kimia untuk 2 unit penyaman udara hanya RM200 sahaja! Promosi eksklusif ArtiqAir dan Petron Malaysia khas buat semua pengguna aplikasi Petron.

Servis Kimia untuk 2 unit penyaman udara hanya RM200 sahaja! Promosi eksklusif berkenaan merupakan satu inisiatif baru kolaborasi bersama ArtiqAir dan Petron Malaysia khas buat semua pengguna aplikasi Petron.

Tawaran istimewa ini direka khas untuk memastikan pelanggan Petron dan ArtiqAir dapat menikmati udara yang lebih bersih dan segar di rumah atau pejabat mereka.

Dengan servis kimia berkualiti tinggi dari Fujicare Sdn Bhd, anak syarikat yang bernaung di bawah organisasi yang sama dengan jenama ArtiqAir, penyaman udara anda akan berfungsi dengan lebih efisien dan bertahan lebih lama.

Butiran Promosi:

Promosi: RM200 untuk dua unit servis kimia penyaman udara (pelbagai jenama)
Jenis Penyaman Udara: Terhad kepada unit 1.0HP dan 1.5HP jenis dinding (wall-mounted) sahaja

Cara Tempahan:
  • Tebus ganjaran Fujicare di aplikasi Petron
  • Terima kod QR untuk digunakan untuk menempah sesi servis kimia dengan Fujicare Sdn Bhd
  • Isi maklumat dalam kod QR yang diberi selepas ganjaran ditebus di aplikasi Petron

Kenapa Pilih Servis Kimia ArtiqAir?

Servis kimia dari ArtiqAir menggunakan cecair kimia MYK-Coil yang merupakan produk pembersih beralkali milik Fujicare Sdn Bhd. Cecair MYK-Coil merupakan cecair yang selamat digunakan kerana ia tidak memerlukan kuantiti yang banyak untuk menyah-kuman dari penyaman udara anda.

Ia pastinya dapat memastikan penyaman udara anda dibersihkan dengan teliti, menghapuskan kotoran, debu, dan bakteria yang boleh mengganggu kualiti udara di rumah atau pejabat anda.

Selain itu, servis kimia ini akan meningkatkan prestasi penyaman udara dan memastikan udara yang lebih sihat untuk anda dan keluarga.

Langkah Tempahan Mudah

Untuk menikmati promosi ini, pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR yang disertakan dalam visual promosi dan mengisi borang tempahan Google yang disediakan. Pastikan anda melengkapkan semua butiran yang diperlukan untuk memastikan proses tempahan berjalan lancar.

Terma dan Syarat
  1. Harga promosi RM200 sah untuk 2 unit servis kimia bagi sebarang jenama penyaman udara.
  2. Servis kimia untuk 2 unit penyaman udara mesti dilakukan pada hari yang sama di alamat / rumah yang sama.
  3. Promosi sah untuk servis kimia penghawa dingin 1.0HP dan 1.5HP sahaja.
  4. Promosi sah untuk servis kimia penghawa dingin jenis dinding (wall-mounted) sahaja.
  5. Tempahan servis kimia mesti dibuat 1 minggu sebelum tarikh servis melalui kod QR pada visual atau pautan ini https://forms.gle/v5MhQqsr7G9eH5v18.
  6. Servis hanya dijalankan di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang & Johor Bahru sahaja.
  7. Promosi sah untuk pengguna dan ahli aplikasi Petron apabila anda menebus baucar dalam aplikasi Petron sahaja.
  8. Promosi tertera tidak boleh digabungkan dengan sebarang promosi lain yang sedang berlangsung.
  9. Promosi sah untuk sebarang tempahan yang dibuat sehingga 15 September 2024. Sebarang tempahan selepas tarikh ini akan dianggap tidak sah.
  10. ArtiqAir dan Fujicare Sdn Bhd berhak untuk mengubah promosi tertera tanpa sebarang notis.

Share Post