whatsapp logo removebg preview
Jom Sembang!

Kolaborasi Strategik ArtiqAir dan TF Value Mart

Haier, the renowned household appliances giant, has joined forces with ArtiqAir to introduce the highly anticipated Haier EZ-Rent Promotion. This campaign aims to make top-tier inverter air conditioning accessible to Malaysians at an affordable rate.

ArtiqAir kini melebarkan sayapnya melalui Kolaborasi Strategik bersama TF Value Mart. 

ArtiqAir dengan bangga ingin mengumumkan kolaborasi strategik bersama TF Value Mart, rangkaian gedung pasaraya terkenal yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1998. 

Kolaborasi ini merupakan salah satu inisiatif ArtiqAir dalam mengembangkan sayap untuk memperkenal konsep memiliki penyaman udara dengan lebih mudah tanpa perlu berbelanja lebih terutamanya kepada penduduk luar bandar. 

Bagi fasa pertama, ArtiqAir akan mula berada di TF Value Mart seluruh negeri Perak, Pulau Pinang, dan Kedah. Kini penduduk kawasan sekitar negeri tersebut berpeluang mendapat penyaman udara ArtiqAir dengan lebih mudah tanpa perlu berbelanja besar untuk menikmati udara yang bersih dan sihat di setiap kediaman dan ruangan sekeliling. 

Membawa Inovasi Kami Lebih Dekat dengan Anda

Di ArtiqAir, kami sangat komited untuk mewujudkan penyaman udara dengan ciri-ciri terbaik demi keselesaan anda. Direka khas untuk melindungi udara daripada  pencemaran, allergen, dan zarah berbahaya. Ciri-ciri utama produk kami termasuk:

  1. Penapis Karbon Aktif: Menghapuskan pencemaran dan bau yang tidak enak untuk persekitaran dalaman yang lebih bersih dan segar.
  2. Penapis Silver Ion: Menapis udara dengan meneutralkan bakteria secara efektif.
  3. Aliran Udara Pelbagai Arah: Menyebarkan udara secara seragam untuk keselesaan yang konsisten.
  4. Smart Clean: Fungsi yang membolehkan penyaman udara membersihkan secara automatik, mengurangkan pembentukan habuk dan kotoran.
  5. Mod Senyap: Direka untuk operasi yang hampir senyap untuk memastikan keselesaan tanpa gangguan bunyi. 

Kerjasama ini pastinya akan memberi manfaat kepada seluruh penduduk di Perak, Pulau Pinang, dan Kedah khususnya buat pelanggan TF Value Mart. Kini, mereka dapat melihat dan memahami penyaman udara ArtiqAir dengan lebih dekat. 

Beberapa faedah menarik yang ditawarkan melalui kerjasama ini termasuk:

  1. Ketersediaan Segera: Pelanggan boleh mendapatkan dan menggunakan penyaman udara kami dengan segera tanpa perlu menunggu penghantaran dalam talian.
  2. Khidmat Nasihat: Staf TF Value Mart yang terlatih sedia membantu anda memilih penyaman udara yang paling sesuai.

Pelancaran ArtiqAir di TF Value Mart

Secara rasminya, ArtiqAir akan berada di TF Value Mart bermula pada 15 Jun 2024, di TF Value Mart bahagian Kuala Kangsar, Tanjung Malim, Taiping, Sungai Siput, Batu Gajah, Sungai Petani, Tapah, Ipoh Tambun, Seri Manjung 1 & Seri Manjung 2. Fasa seterusnya akan bermula pada 1 Julai 2024 di Balik Pulau, Alor Setar, Kuala Kedah, Simpang Empat, Kulim, Sungai Lalang, Ipoh Botani, Ipoh Farlim, Teluk Intan 1, Teluk Intan 2, Pantai Remis & Gerik.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati kedai TF Value Mart terdekat atau layari laman web kami www.artiqair.com.my. Bersama-sama dengan TF Value Mart, kami berkomitmen untuk menjadikan udara anda lebih bersih agar kehidupan lebih terjamin.

Share Post

Berminat? Tinggalkan pesanan untuk kami!

Reach out to us for any inquiries, feedback, or assistance. We're here to help!