whatsapp logo removebg preview
Jom Sembang!

Jangan Risau! Anda Masih Boleh Jimat Walaupun Guna Aircond

Tahukah anda, walaupun penyaman udara sentiasa dihidupkan, kita masih boleh jimatkan elektrik. Mari kita lihat beberapa langkah mudah yang boleh dipraktikkan bagi penggunaan penyaman udara supaya bil elektrik anda tidak melambung tinggi.

Pernah tak rasa pening kepala setiap kali terima bil elektrik dari TNB? Lagi-lagi sekarang, dengan keadaan cuaca yang semakin panas dan tarif elektrik yang sudah meningkat, ramai antara kita semakin merasakan bebanan kewangan setiap kali menerima bil elektrik. Penyaman udara pula sudah menjadi keperluan penting untuk memastikan keselesaan di rumah. Akan tetapi, kalau dah setiap hari dihidupkan, berapa pula bil elektrik yang perlu ditanggung nanti? Tahukah anda, walaupun penyaman udara sentiasa dihidupkan, kita masih boleh jimatkan elektrik. Mari kita lihat beberapa langkah mudah yang boleh dipraktikkan bagi penggunaan penyaman udara supaya bil elektrik anda tidak melambung tinggi.

Boleh Jimat Walaupun Guna Aircond
Tips Untuk Menjimatkan Elektrik Ketika Menggunakan Penyaman Udara:
  • Melakukan Penyelenggaraan Penyaman Udara Secara Berkala
    Menjaga penyaman udara anda dengan melakukan penyelenggaraan berkala dapat membantu memastikan ia berfungsi dengan baik. Penyaman udara yang diselenggara akan menggunakan tenaga dengan lebih efisien dan tidak akan membebankan bil elektrik.
  • Gunakan Timer
    Set aircond anda untuk berhenti selepas beberapa jam digunakan dengan mengaktifkan fungsi timer. Ini membantu mengelakkan penggunaan elektrik secara berlebihan apabila anda mungkin sudah tidak memerlukan penyaman udara sepanjang malam.
  • Pilih Suhu yang Betul
    Memilih suhu yang selesa. Biasanya suhu optimum adalah antara 24°C hingga 26°C. Suhu ini sudah cukup untuk menyejukkan ruangan tanpa perlu membebankan sistem penyaman udara atau meningkatkan penggunaan tenaga.
  • Gunakan Mod Penjimatan Tenaga
    Penggunaan mod penjimatan tenaga pada penyaman udara akan memberi impak positif terutama kepada bil elektrik kerana mod ini menggunakan tenaga yang lebih sedikit. Ia juga dapat melaraskan suhu secara automatik tanpa perlu menggunakan banyak kuasa. Ini memastikan penyaman udara tidak beroperasi pada kuasa penuh sepanjang masa, menjadikannya lebih cekap dan bilik anda akan kekal selesa.
  • Pilih Saiz Penyaman Udara yang Bersesuaian dengan Kapasiti Ruangan
    Pemilihan saiz penyaman udara yang betul penting untuk menjimatkan tenaga. Aircond yang terlalu kecil atau besar akan menyebabkan tenaga digunakan secara tidak efisien. Pastikan anda memilih kapasiti yang tepat mengikut kesesuaian ruang anda.
  • Pilih Aircond Berinverter
    Penyaman udara dengan teknologi inverter sangat cekap dalam menjimatkan elektrik. Inverter mampu menyesuaikan kelajuan kompresor mengikut suhu bilik, mengurangkan keperluan untuk dihidupkan dan dimatikan secara kerap yang mengurangkan penggunaan tenaga secara keseluruhan. Inverter mengekalkan suhu yang stabil dan hanya menggunakan tenaga yang diperlukan, menjadikannya pilihan yang terbaik untuk mengurangkan bil elektrik.
  • Penggunaan Jenis Refrigerant (penyejuk) yang Mesra Alam
    Penggunaan refrigerant (bahan penyejuk) yang mesra alam juga merupakan faktor penting dalam memilih penyaman udara yang cekap tenaga. Bahan penyejuk seperti R32 dan R401A bukan sahaja lebih efisien, malah ia juga dapat mengurangkan kerosakan lapisan ozon. Refrigerant ini direka untuk mengurangkan kesan rumah hijau, sekali gus memberikan kesejukan yang lebih berkesan dengan penggunaan tenaga yang minimum.

Kini, adalah penting untuk bijak menguruskan penggunaan penyaman udara di rumah bagi mengelakkan bil elektrik yang melambung. Dengan mengikuti langkah-langkah diatas, anda bukan sahaja dapat menikmati keselesaan tanpa membebankan bil elektrik, tetapi juga menyumbang kepada penggunaan tenaga yang lebih lestari.

ArtiqAir dapat menyelesaikan 100% langkah penjimatan tenaga anda, memastikan setiap penyelesaian berfungsi dengan sempurna. Pastikan anda membuat pilihan yang bijak ketika membeli dan menggunakan penyaman udara dengan ArtiqAir.

Anda boleh klik Sini untuk dapatkan ArtiqAir anda sekarang!

Share Post

Berminat? Tinggalkan pesanan untuk kami!

Reach out to us for any inquiries, feedback, or assistance. We're here to help!