whatsapp logo removebg preview
Jom Sembang!

Sidang Media: AA x Haier Memorandum Persefahaman

Sejarah tercipta melalui Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara ArtiqAir dan Haier di Ibu Pejabat Haier pada 30 Januari 2024.

ArtiqAir, Haier meterai Memorandum Persefahaman
memperkenalkan skim “Sewa-Untuk-Dimiliki”

KUALA LUMPUR, 30 Januari 2024 – ArtiqAir, pakar penyaman udara “Sewa-Untuk-Dimiliki” (Rent-To-Own) terkemuka di Malaysia, secara rasmi menandatangani memorandum persefahaman strategik hari ini dengan Haier, jenama global nombor satu (1) peralatan rumah.

Menerusi kerjasama kukuh ini, para pengguna dapat menikmati perkhidmatan dan produk penyaman udara yang mampu milik serta berkualiti tinggi melalui model perniagaan “Sewa-Untuk-Dimiliki” yang inovatif.

Sejak penubuhannya pada tahun 1994 dengan jenama berdaftar Fujiaire, anak syarikat MyFuji Global, FujiTrek Sdn Bhd, mengambil satu Langkah pro-aktif ke hadapan dengan memperkenalkan jenama keduanya, ArtiqAir. Jenama ini telah menjadi perintis dalam trend “Sewa-Untuk-Dimiliki” dalam produk penyaman udara. Produk ini mendapat pengiktirafan daripada pakar industri dan menawan seluruh pasaran Malaysia serta meraih ulasan positif daripada pengguna.

MyFuji Global asalnya adalah pengeluar penyaman udara tempatan yang mengeksport ke 20 negara di seluruh dunia, kini telah berkembang menjadi ekosistem komprehensif yang merangkumi pemasaran, penyelenggaraan, pembaikan, dan perkhidmatan pelanggan. Melalui model “Sewa-Untuk Dimiliki” ArtiqAir, banyak isi rumah kini dapat memiliki penyaman udara dengan lebih mudah dan tanpa sebarang kerisauan terutamanya dari segi kewangan.

Encik Wong See Wei, Pengarah Urusan FujiTrek Sdn Bhd, yang ditemui di majlis menandatangani memorandum berkata, kerjasama dengan Haier adalah kolaborasi perintis, dengan matlamat utama untuk memperkenalkan tawaran “Sewa-Untuk-Dimiliki” yang inovatif kepada semua pelanggan Haier.

“Kami mempunyai pakar perkhidmatan penyaman udara di seluruh negara dan juruteknik yang mahir, justeru kami dapat menyediakan perkhidmatan sokongan yang padu untuk program ini. Saya yakin kita dapat menawarkan perkhidmatan yang unik serta boleh dipercayai untuk semua pelanggan Haier. Ini dapat menambah nilai yang lebih besar kepada produk dan jenama Haier,” tambah Encik Wong.

Beliau menyatakan bahawa ArtiqAir sentiasa komited untuk menyediakan perkhidmatan penyaman udara yang mampu dimiliki dan mudah diakses untuk setiap isi rumah. Kerjasama dengan Haier adalah mercu tanda baru bagi MyFuji Global, berperanan sebagai asas untuk perkembangan kumpulan ini ke pasaran serantau dan global.

Pakej “Sewa-Untuk-Dimiliki” yang diperkenalkan oleh ArtiqAir tidak memerlukan sebarang bayaran pendahuluan serta menawarkan perkhidmatan pemasangan standard percuma. Selain itu, pelanggan akan menikmati perkhidmatan berjadual dan waranti menyeluruh sepanjang tempoh kontrak.

ArtiqAir Haier

Peningkatan Memberangsangkan Jualan Haier di Malaysia

Encik Fan Jing, Pengarah Urusan Haier Malaysia berkata, memorandum persefahaman yang ditandatangani dengan ArtiqAir ini akan mengukuhkan usaha Haier untuk menembusi pasaran Malaysia dan meningkatkan proses daya saing serta meluaskan rangkaian pemasaran Haier ke seluruh negara.

Inovasi berterusan Haier disokong oleh 14 pusat penyelidikan dan pembangunan di seluruh dunia, seterusnya mengukuhkan kedudukan kami sebagai jenama alatan rumah yang terkenal di peringkat global. Ia adalah satu penghormatan bagi kami untuk diiktiraf sebagai jenama nombor satu (1) bagi penyaman udara terhubung di peringkat Global selama 7 tahun berturut-turut, penyaman udara cuci-sendiri yang sihat nombor satu (1) di dunia selama 5 tahun berturut-turut dan penarafan Jenama Perkakas Utama Global nombor satu (1) selama 15 tahun berturut-turut seperti yang disahkan oleh Euromonitor International.

“Seiring dengan masa, dedikasi Haier dalam menghasilkan produk yang boleh dipercayai dan berkualiti tinggi telah membawa kepada penerimaan jenama ini di kalangan rakyat Malaysia. Kami telah menerima anugerah gangsa pada majlis anugerah Putra Aria Brand Awards 2023 untuk kategori peralatan peribadi dan rumah baru-baru ini. Buat masa ini, kami mengendalikan 45 kedai jenama di seluruh negara, yang lebih mengukuhkan pengiktirafan jenama Haier di Malaysia,” tambah Encik Fan.

ArtiqAir Haier

Dari segi prestasi jualan, beliau berkata Haier Malaysia mencapai pertumbuhan sebanyak 14% untuk perniagaan keseluruhan pada tahun 2023. Tetapi pertumbuhan terbesar diperoleh dari perniagaan penyaman udara, dengan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 35% dalam penyaman udara kediaman pada tahun 2023. Bagi tahun 2024, Haier Malaysia telah menetapkan sasaran peningkatan sebanyak 38%.

Kerjasama perintis ini menjadi mercu tanda penting bagi ArtiqAir dan Haier, dalam menetapkan standard baru dalam industri penyaman udara. Kedua-dua syarikat komited untuk menawarkan pelanggan dengan produk, perkhidmatan, dan pengalaman yang luar biasa untuk memastikan memiliki penyaman udara bukanlah hanya keperluan tetapi satu proses yang mampu dimiliki, mudah diakses, dan menyeronokkan.

Mengenai MyFuji Global

Kumpulan MyFuji Global adalah pemilik hak intelek bagi jenama penyaman udara Fujiaire dengan sejarah selama 30 tahun di Malaysia. Melalui anak syarikat FujiTrek Sdn Bhd yang ditubuhkan pada Disember 2022, syarikat ini berkomitmen untuk menawarkan pengguna dengan penyelesaian penyaman udara yang cemerlang melalui Skim Sewa-Untuk-Dimiliki di bawah jenama ArtiqAir dengan sokongan FujiHub yang khusus dalam pemasangan, pembaikan, dan penyelenggaraan sistem penyaman udara.

Untuk liputan penuh, sila klik di sini.

Share Post

Get in Touch with Us

Reach out to us for any inquiries, feedback, or assistance. We're here to help!